Fatwa Syeikh
Abdul Aziz bin Baz rahimahullah
Soalan: “Syeikh yang terhormat, banyak perbezaan
pendapat yang terjadi di antara para aktifis dakwah yang mengakibatkan
kegagalan dan lemahnya kekuatan. Perkara ini banyak terjadi sebagai akibat
tidak mengetahui etika berbeza pendapat. Apakah saranan Syeikh yang hendak disampaikan berkaitan dengan masalah ini.?”
Jawapan: “Saya menasihatkan kepada semua saudara-saudara saya para penuntut ilmu dan
para pendakwah adalah menempuh metode (cara/jalan) yang baik, lembut dalam berdakwah, dan
bersikap halus dalam masalah-masalah yang terjadi perbezaan pendapat ketika mengungkapkan pandangan dan pendapat. Jangan sampai terbawa oleh
emosi dan kekerasan dengan melontarkan perkataan-perkataan yang tidak sepatutnya
diucapkan, yang boleh mengakibatkan perpecahan, perselisihan, saling
membenci dan saling menjauhi. Sepatutnya seorang pendakwah dan pendidik
menempuh cara-cara yang bermanfaat, halus dalam bertutur kata,
sehingga ucapannya dapat diterima dan hati juga tidak saling menjauhi,
sebagaimana Allah berfirman kepada Rasulullah Shalallahu ‘alaihi
wassalam:
فَبِمَا رَحْمَةٍ مِنَ اللَّهِ لِنْتَ لَهُمْ وَلَوْ
كُنْتَ فَظًّا غَلِيظَ الْقَلْبِ لانْفَضُّوا مِنْ حَوْلِكَ
Maksudnya:
"Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai
Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat
dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah
mereka lari dari kelilingmu." (Ali 'Imran: 159)
Maka
seoarang pendakwah dan pendidik hendaklah menempuh cara-cara yang
bermanfaat serta menghindari kekerasan dan kekasaran kerana cara itu akan
menyebabkan ditolaknya kebenaran serta dapat menimbulkan perselisihan
dan perpecahan di antara sesama kaum muslimin.
Rujukan: Majmu’ Fatawa wa Maqolat Mutanawwi’ah 5/155-156
Dipetik dan disunting dari: http://abuzubair.wordpress.com