Blog Ini


DALIL-DALIL DARIPADA AL-QURAN DAN HADIS 

Surah At-Taubah ayat 100:

"Golongan terdahulu yang terawal (memeluk islam) dari kalangan Muhajirin dan Ansar serta orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah redha kepada mereka dan mereka redha kepada Allah, dan Allah menyediakan bagi mereka syurga-syurga yang mengalir sengai-sungai di dalamnya, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. itulah kemenangan yang besar".

Dalam ayat ini Allah Subhanahu wa Ta'ala menjanjikan keredhaan dan balasan syurga yang kekal bagi mereka yang mengikuti pegangan para sahabat dengan baik. Hakikat bahawa ikutan terhadap pegangan para sahabat menjadi faktor mendapat keredhaan dan balasan syurga daripada Allah subhanahu wa Ta'ala menunjukkan betapa ia adalah suatu tuntutan yang wajib diikuti oleh generasi umat islam terkemudian.

Surah al-Baqarah ayat 137:

"maka jika mereka beriman sebagaimana kamu beriman, maka sesungguhnya mereka telah beroleh petunjuk, dan jika mereka berpaling maka sesungguhnya mereka berada dalam permusuhan (dengan kamu)".

Dalam ayat ini Allah subhanahu wa Ta'ala menjadikan cara beriman Rasulullah dan para sahabatnya sebagai kayu pengukur bagi mengukur kebenaran iman menunjukkan kewajipan mengikuti pegangan mereka.

Surah an-Nisaa ayat 115:

"dan sesiapa yang menentang ajaran Rsul sesudah terang nyata kepadanya (kebenaran) petunjuk (yang dibawanya), dan dia mengikut pula jalan lain daripada jalan orang beriman, kami akan memberikannya kuasa untuk melakukan (kesesatan) yang dipilihnya, dan (pada hari akhirat kelak) kami akan memasukkannya kedalam neraka, sedang ia (neraka itu) adalah seburuk-buruk tempat kembali".

Dalam ayat ini pula Allah Subhanahu wa Ta'ala menegaskan bahawa golongan yang menentang Rasul dan yang tidak mahu mengikuti 'jalan orang yang beriman' akan menjadi sesat, dan disebabkan kesesatan itu mereka seterusnya akan dibalas dengan balasan yang buruk. Tak syak lagi bahawa yang dimaksudkan dengan 'jalan orang yang beriman' itu ialah jalan para sahabat kerana merekalah generasi terawal yang beriman sebagaimana keimanan Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam.

Sabda nabi sallallahu 'alaihi wasallam riwayat Abi daud [no: 4607]:

"maka sesungguhnya sesiapa di antara kamu hidup selepasku dia akan melihat benyak peselisihan, maka hendaklah kamu pegang dengan sunnahku dan sunnah Khulafa' al-Rasyidin yang mendapat petunjuk, gigitlah geraham ia (sekuat hati) dengan gigi geraham..."

Sabda nabi sallallahu 'alaihi wasallam dalam hadis sahih li ghairih [silsilah al-Ahadis As-Sahihah no: 203 dan 1492]:

"golongan yahudi telah berpecah kepada 71 puak manakala golongan nasrani pula telah berpecah kepada 72 puak, sedangkan umatku akan berpecah 73 puak, kesemuanya dalam neraka kecuali satu sahaja, iaitu (golongan) yang mengikuti (pegangan)ku pada hari ini (zaman baginda) dan juga mengikuti (pegangan) para sahabatku".

sabda nabi sallallahu 'alaihi wasallam riwayat al-Bukhari [no: 3650]:

"sebaik-baik umatku ialah kurunku, kemudian kurun selepas mareka, kemudian kurun selepas mereka, kemudian sesungghnya selepas kamu ada satu kaum yang bersaksi sebelum diminta menjadi saksi, mereka mengkhianati dan tidak dipercayai, mereka berjanji tetapi tidak menepati, dan jelas pada mereka tanda-tanda as-Siman".

[Diambil daripada buku 15 Asas Jati Diri muslim cemerlang, Dr, Azwira Abdul Aziz, hal 119-127]

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © AL-MUWAHHIDAH
Blogger Theme by BloggerThemes | Theme designed by Jakothan Sponsored by Internet Entrepreneur